Akan tetapi entri kali ini bukanlah utk mmbahaskan seni fotografi tersebut namun apa yg tersirat di dalam gambar2 tersebut. Kebanyakan gambaq2 trsebut aku dapati dari page Free Syria Lyon di fb, walaupon aku xpaham haram sepatah bahasa Perancis akan tetapi gambar2 yg disajikan amat memuaskan dari segi seni, aksi, dan mesejnya.
Seperti yg kita tahu negara Syria sedang bergolak bilamana sang pemerintah yg zalim tahap setan bernama Basyar al-Asad sedang menekan puak2 pemberontak yg dinamakan Free Syrian Army(FSA). Homs, kubu kuat Fsa dikepung, dibedil, dibunuh, tak kira tua muda miskin kaya semua mnjadi mangsa. Bandar2 yg dahulunya tersergam megah binaanya hancur menjadi puing-puing tandus seperti zaman apokalips. Ya mmg itu yg terjadi. Mengenai hal ini pun aku x mahu sembang panjang, kita boleh ikut issu2 berkaitan Syria melalui sumber2 yg ada, tapi awas pastikan hangpa cari maklumat2 berdasarkan sumber2 yg asli dan sahih sanadnya.
Dah mengarut pnjang plak, apa yg sebenarnya aku nak bebelkan adalah, ttg puak2 FSA ini, jikalau difikirkan kembali dgn mnggunakan lojik akal, bagaimanakah FSA yg amat sedikit jumlahnya(sekitar 70000) berbanding kekuatan ketenteraan rejim Basyirriiittt(sekitar 300000++) masih tegar mengangkat senjata dan x kenal erti putuih assa????? Depa dah taw perbezaan kekuatan masih teruskan jugak...apa yg mndorong FSA masih teguh kaki2 mereka berjuang??..yaaa itulah dinamakn semangat jihad yg x didorong oleh sapa2 tetapi didorong oleh Allah tuhan manusia. Apabila satu2 perjuangan itu dipasakkan dengan ke imanan pada Allah dan bukan berpaksikan keagungan sesuatu bangsa, berjihad semata2 kerana Allah, tarak takot dah, inilah semngat yg amat digeruni oleh para musuh musuh mushuh Islam, awat x takot nya. " Kalau kami menang alhamdulillah~!! kalau kami gugur sebagai shahid pon alhamdulillah~!!" 2-2 menang. Jadi tidak timul sekelumit pun perasaan takot.
Gambar demi gambar aku teliti, setiap wajah para mujahideen FSA semua memancarkan sinar keyakinan, dalam keadaan konflik mereka masih mampu tersenyum, tiada tekanan. Terdapat juga satu foto yg memaparkan seorang mujahideen dengan tangannya yg kudung namun x mnghalang utk beliau berjihad, digenggamnnya pula AK_47 dengan tangan kirinya. Ya ini menunjukkan semagat jihad yg mengalir dalam liang2 tubuh para mujahideen ni sangat asli dan tulen. Takdak manja-manja punya. Aku berpeluang bersembang2 petang bersama seorang tok guru, sembang ptg tanpa goreng pisang la, bulan posa kot, beliau bukan sebarang tok guru la, issu Syria dia ikot portal Bahasa Arab punya, beliau berkata, " puak2 mujahideen ni perang jasad ngn roh sekali, dua dua berintegrasi, kalau puak2 Bassyrriiitt(Basyar versi aku) ni perang ngan jasad ja, roh duk kat rumah, duk igt nak balik ja, takot mampoih".
Jikalau para jejaka mujahideen sedang bertempur di saf2 hadapan, di sebalik tabir para wanita mujahidah juga memainkan peranan meraka, mereka berjihad dhn mnggunakan kepakaran mereka dlm mngendalikan hal-hal bekalan makan, menguruskan kehidupan harian anak-anak Syria.Aku.Tabik.Mujahideen.Syria.Allahuakbar~!
![]() |
| Add caption |
set=a.455056444516706.104602.246642605358092&type=3
Gambar ini aku ceduk dari album Free Syria Lyon punya FB, Pertempuran di Aleppo.



